Wednesday, May 5, 2010

Hepy Besday Tasha..=)

Assalamualaikum semua..selamat pagi..apa khabar?harap2 semuanya berada di bawah rahmat dan naungan Ilahi..InsyAllah..amen..pagi nie agak bersemangat sikit nak tulis entri khas untuk Taca sebab ye tak sabar nak bagi hadiah kat die..hehe..Taca!!..aid Milad wa kullu am wa antum bilkhair..semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, berjaya dalam apa jua yang dilakukan di dunia dan akhirat, menjadi anak yang solehah yang boleh mengembirakan hati ibubapanya..dan semoga ukhwah fillah kita berkekalan hingga ke syurga..Insyallah..Amen..sekarang dah tua besar dah tak boleh nakal2 lagi ye..hehe..nie mesti dapat banyak hadiah kan..jangan lupa orang kat sini dah la..haha..kat sini saya ada sediakan hadiah yang tak seberapa untuk awk..=)

                                                                 

Tuesday, May 4, 2010

Ketahui enam jenis wanita yang buruk sikapnya..


Assalamualaikum..syukur alhamdulilah ke hadrat Ilahi kerana saya masih diberi kesempatan untuk berkongsi sedikit maklumat dengan semua pada petang nie..Semalam saya ada membaca satu artikel petikan daripada sebuah surat khabar yang sangat menarik isinya untuk dikongsi dengan korang dan ianya amatlah berguna bagi kaum Hawa khususnya dan ianya juga adalah pengetahuan yang amat penting bagi kaum Adam umumnya..okey..selamat membaca..=)

   Enam jenis wanita yang buruk sikapnya..



  •  Al – Nananah : wanita yang banyak mengomel itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan oleh suami untuk rumah tangganya semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

  • Al – Manah : wanita yang menidakkan usaha dan jasa suami, sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit2 apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga.

  • Al – Manaqah : wanita jenis ini berangan2 untuk mendapatkan suami yang lebih baik dari yang sedia ada. Ini adalah jenis wanita yang tidak bersyukur dengan jodohnya dan mengkufuri nikmat perkahwinan serta merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

  • Al – Hudaqah : wanita yang suka mengikut hawa nafsu. Wanita  jenis ini suka memeningkan kepala lelaki ( suami ), suka membandingkan diri sendiri dengan orang lain serta juga suka menunjuk2.

  • Al – Basaqah : wanita yang suka bersolek dan menghias diri bukan untuk suaminya akan tetapi untuk ditunjuk2 kan kepada orang lain untuk dipuji. Selain itu, wanita jenis ini juga suka menghabiskan wangnya dengan membeli alat make up, kasut dan barang kemas.

  • Al – Salaqah : wanita yang mulut becok dan banyak cakap perkara2 yang tidak bemanfaat. Wanita  begini biasanya berada di majlis kenduri dan majlis keramaian.   

p/s : bagi kaum Hawa semoga kita terpelihara daripada termasuk dalam golongon enam jenis wanita 
       diatas..amen..

Tuesday, April 20, 2010

Paku didinding hatimu..

Assalamualaikum semua..

lame ye tak jenguk blog nie..dah berhabuk dah ek..ish3..tapi tak ape kat sini saya nak kongsi dengan korang satu cerita menarik..baca tau..habis baca renung dan fikir2 kanlah..semoga kita semua mendapat pengajaran daripada cerita nie..Insyallah..=)


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

“untuk apakah paku-paku ini ayah?” Tanya pemuda tersebut.

“setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahanmu” jawab ayahnya. Pada hari pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya daripada memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia Berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut.

Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata

“kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya”.

Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada.

Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu kea rah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka, dan sentiasa membuka hatinya kepada kita..=)              

Friday, April 9, 2010

Cerita Hati suka dan duka..

Assalamualaikum semua..syukur alhamdulilah..akhirnya final exam sudah berakhir..petang tadi adalah paper yang terakhir untuk saya menduduki exam di KIPSAS..seronoknye exam dah  habis itulah  masa  yang di tunggu -tunggu bagi sesiapa je yang bergelar student..btul tak?..hehe..mula-mula  exam selalu tak sabar ble la exam nk habis..tengok skng pejam celik pejam celik dah habis exam macam tak percaya pulak, rasa sekejap sangat..dah habis rupa ye belajar kat KIPSAS nie..banyak sangat ilmu yang saya dapat selama 2 tahun setengah kat sini..disini lah bermula ye saya belajar tentang apa itu erti kehidupan yang sebenar..belajar apa itu pengorbanan, kesusahan, dugaan, cabaran dan kesetiaan dalam persahabatan..dan saya berharap semoga KIPSAS menjadi medan ilmu yang melahirkan para mahasiswa dan mahasiswi yang berakhlak mulia dan berjaya didunia dan akhirat..InsyAllah..amen..


kepada semua pensyarah yang disayangi

Terima kasih yang tak terhingga kepada semua pensyarah yang pernah mencurahkan ilmu kepada saya terutama para pensyarah jabatan Bahasa Arab dab Tamadun Islam dan pensyarah lain semoga semua ilmu yang dicurah dapat memberi manfaat di dunia dan akhirat..amen..terima kasih juga diatas segala nasihat dan amanat terakhir dari semua ustazah diakhir pertemuan kita..kata2 yang paling tersemat dalam kotak fikiran saya " Jadilah orang yang berakhlak mulia walau siapa pun kita dan dimana jua kita berada "


sebahagian pensyarah Jabatan Bahasa Arab dan Tamadun Islam
*tapi aida tue bukan ye..


kepada kawan yang dirindui selalu     

Ingat lagi masa mula-mula jejak kaki kat sini bulan november 2007, masa tue kira dah lewat masuk dah..intake yang terakhir bg tahun tue, jadi batch tak ramai pun dalam 20 orang lebih sikit je tapi seronok je..orang yang mula-mula saya kenal taca sebab ye kebetulan kterg sebilik masa tue..die nie pulak jenis banyak mulut peramah kawan pulak dengan saya memang agak kecoh jugak la..dah sekepala kan..memang best..lepas tue muncul la kawan2 lain syu, ain, eka dan ema..dierg sume best..bila kterg dah sem akhir nie selalu buat apa2 sama2..pergi kelas, makan, kuar bandar, assgment sume la buat sama2..hadapi susah senang pun sama2..esok kita sume dah nak pisah..lepas nie mesti susah nak jumpa kan..tapi walau apa pun biar jauh beribu batu tapi amat dekat dihati..wa akhiran terima kasih kerana sudi berkongsi suka dan duka bersama diri ini..ampun maaf dipinta andai ada terkasar bahasa tersilap bicara terpukul dan yang berkaitan dengan ye..huhu..lepas nie kalau smbung belajar kat mana2 bgtau la ye kalau ada yang kawin pun jgn lupa hantar kad tau..sedih ye..Sayang Sangat Kat Korang..




Khas buat Tasha, Ain, Eyka dan Emma..

Kawan2 yang aku sayangi,
kadang-kadang aku keletihan dalam perjalanan ini,
namun kadang-kadang aku begitu bersemangat meniti harapan masa depan,
mungkin kerana ada diri kalian duhai teman,
sebagai pinjaman Allah buatku,
syukur padamu ya Allah..
"salam ukhuwwah berpanjangan"


Monday, March 29, 2010

Tuan rumah berehat sementara..final exam sudah kembali..=)

Assalamualaikum semua..disini tuan rumah ingin membuat pengumuman penting...tuan rumah akan berehat seketika untuk menghadapi exam yang tak sampai berape hari lagi nie..dan akan balik secepat yang mungkin..akan tetapi kedatangan korang amatlah dialukan-alukan teruskanlah aktiviti anda untuk singgah di blog yang tak seberapa nie..hehe..lagi satu..doakan tuan rumah berjaya dalam final exam ye..tgh ketar sangat nie dah nak pekse.. huhu..ok..wassalam..semoga berjumpa lagi di lain entry..(",)..

Wednesday, March 17, 2010

Hari Yang Dinanti

Assalamualaikum semua...

Apa kabar semua..semoga kita berada dibawah naungan dan petunjuk Ilahi..hari nak kongsi ngn korang kegembiraan yang sedang melanda diri ini..hehe..

kisah yang bermula begini..pada minggu sebelum ini kawan saya, nadiah die ade cakap nak datang sini saje je datang ziarah yela..lpas abis belajar ari tue x prnah lagi datang..xpe2..paham..jauh tau die datang dari singapore..sebelum tue nak ucapkan terima kasih kat nadiah sbb sudi lagi datang sini..jenguk kami..hehe..die ade cakap nak datang tapi x bagitau bile kate ye nak wat surprise..klu dah kate macam tue memang ternanti-nanti la bile hari ye akan tibe..

tup2..tibe2 ade pnggilan telefon dri nadiah die cakap dah on d way nie nak smpai nnt dah smpi die telefon..Hari Yang Dinanti telah tiba..mmg terkejut + gembira..tgh menghitung hari bile la nak smpi tgk2 dah sampi..gembira tak terkate..alhamdulillah selamat akhir ye sampi jugak..pastu malam tue kteorng jmpe nak lepaskan rindu masing-masing memang rindu sangat..Alhamdulillah..Allah masih lagi memberi peluang untuk mempertemukan kami..malam tue banyak cerita yang kami kongsikan..kisah suka dan duka dan semoga ianya memberi pengajaran pada kami..insyallah..

terima kasih kerana masih sudi menjadikan diriku teman seperjuanganmu dalam suka dan duka dalam susah dan senang..semoga ukhwwah yang terbina akan berkekalan hingga ke syurga..

akhir kalam untuk nadiah...
Bagiku,
Seorang sahabat itu,
biarlah dia jauh dari mata,
tidak selalu berjumpa,

tapi,
itu bukan ukuranku pada ukhuwwah yang terpatri kemas dalam jiwa,
kerana bagiku yang penting,
ingatanku terhadap sahabatku terikat kemas dalam kenangan dan doa..
Amen...

 

Tuesday, February 16, 2010

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum..

   lme ye tak jenguk blog..rindu pulak rase ye..hehe..ari nie saya nak kongsi hari bahagia family kteorang..Tanggal 26/12/2009 ari tue ialah hari bersejarah dalam hidup abang saya dan kteorang ye la first time wat kenduri camni nak dpt kak ipar la kate kan..excited la ckit..=)

    sebelum tarikh tue(spt yg di atas) keadaan kat umah mmg dah haru biru ade je bnde yg x settle lg smpi kan esk dah nak knduri ari nie baru nak bungkus barang nak bagi kat orang yg datang esok..pe2 pun alhamdulilah pengakhiran knduri nie amat la berpuas hati..hehe..smge ikatan ini diredhai oleh Allah..berkekalan dan berbahagia hingga ke akhir hayat..insyallah dipertemukan semula di syurga nanti..amin..ok dah la tak nak cakap banyak skng nak bagi korang tgk gmbar plak..kat cni disertakan sekali gambar mse knduri tue..jom layan.. 


  

  

  

  

 

  

  

  

  

  

  

Alhamdulilah..selesai sudah knduri kteorang..stkat nie jelah yang dapat saya kongsikan..
jmpe lagi di lain entry..=)..Assalamulaikum..

p/s : gambar diatas hanyalah untuk tontonan semata-mata..

 
Template by suckmylolly.com