Tuesday, April 20, 2010

Paku didinding hatimu..

Assalamualaikum semua..

lame ye tak jenguk blog nie..dah berhabuk dah ek..ish3..tapi tak ape kat sini saya nak kongsi dengan korang satu cerita menarik..baca tau..habis baca renung dan fikir2 kanlah..semoga kita semua mendapat pengajaran daripada cerita nie..Insyallah..=)


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

“untuk apakah paku-paku ini ayah?” Tanya pemuda tersebut.

“setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahanmu” jawab ayahnya. Pada hari pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya daripada memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia Berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut.

Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata

“kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya”.

Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada.

Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu kea rah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka, dan sentiasa membuka hatinya kepada kita..=)              

3 comments:

::FAIZ FARISH:: said...

aku dah penah baca bnda ni. Sangat bagus entri ni....memberi kesedaran...

Afifah_Solehah said...

salam..

0o..dh pnh bce ey..
citer nie pn ambk dri kwn..

smge dpt memberi ksdaran kepada kita semua..insyallah..

Hami Asraff هامي أشرف ™ said...

Salam. Pernah juga baca kisah ini. Memang sangat bagus untuk renungan bersama :)

 
Template by suckmylolly.com