Wednesday, March 17, 2010

Hari Yang Dinanti

Assalamualaikum semua...

Apa kabar semua..semoga kita berada dibawah naungan dan petunjuk Ilahi..hari nak kongsi ngn korang kegembiraan yang sedang melanda diri ini..hehe..

kisah yang bermula begini..pada minggu sebelum ini kawan saya, nadiah die ade cakap nak datang sini saje je datang ziarah yela..lpas abis belajar ari tue x prnah lagi datang..xpe2..paham..jauh tau die datang dari singapore..sebelum tue nak ucapkan terima kasih kat nadiah sbb sudi lagi datang sini..jenguk kami..hehe..die ade cakap nak datang tapi x bagitau bile kate ye nak wat surprise..klu dah kate macam tue memang ternanti-nanti la bile hari ye akan tibe..

tup2..tibe2 ade pnggilan telefon dri nadiah die cakap dah on d way nie nak smpai nnt dah smpi die telefon..Hari Yang Dinanti telah tiba..mmg terkejut + gembira..tgh menghitung hari bile la nak smpi tgk2 dah sampi..gembira tak terkate..alhamdulillah selamat akhir ye sampi jugak..pastu malam tue kteorng jmpe nak lepaskan rindu masing-masing memang rindu sangat..Alhamdulillah..Allah masih lagi memberi peluang untuk mempertemukan kami..malam tue banyak cerita yang kami kongsikan..kisah suka dan duka dan semoga ianya memberi pengajaran pada kami..insyallah..

terima kasih kerana masih sudi menjadikan diriku teman seperjuanganmu dalam suka dan duka dalam susah dan senang..semoga ukhwwah yang terbina akan berkekalan hingga ke syurga..

akhir kalam untuk nadiah...
Bagiku,
Seorang sahabat itu,
biarlah dia jauh dari mata,
tidak selalu berjumpa,

tapi,
itu bukan ukuranku pada ukhuwwah yang terpatri kemas dalam jiwa,
kerana bagiku yang penting,
ingatanku terhadap sahabatku terikat kemas dalam kenangan dan doa..
Amen...

 

Tuesday, February 16, 2010

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum..

   lme ye tak jenguk blog..rindu pulak rase ye..hehe..ari nie saya nak kongsi hari bahagia family kteorang..Tanggal 26/12/2009 ari tue ialah hari bersejarah dalam hidup abang saya dan kteorang ye la first time wat kenduri camni nak dpt kak ipar la kate kan..excited la ckit..=)

    sebelum tarikh tue(spt yg di atas) keadaan kat umah mmg dah haru biru ade je bnde yg x settle lg smpi kan esk dah nak knduri ari nie baru nak bungkus barang nak bagi kat orang yg datang esok..pe2 pun alhamdulilah pengakhiran knduri nie amat la berpuas hati..hehe..smge ikatan ini diredhai oleh Allah..berkekalan dan berbahagia hingga ke akhir hayat..insyallah dipertemukan semula di syurga nanti..amin..ok dah la tak nak cakap banyak skng nak bagi korang tgk gmbar plak..kat cni disertakan sekali gambar mse knduri tue..jom layan.. 


  

  

  

  

 

  

  

  

  

  

  

Alhamdulilah..selesai sudah knduri kteorang..stkat nie jelah yang dapat saya kongsikan..
jmpe lagi di lain entry..=)..Assalamulaikum..

p/s : gambar diatas hanyalah untuk tontonan semata-mata..

Tuesday, January 26, 2010

Berehat seketika

Assalamualaikum...

Di sini Tuan rumah terpaksa berehat seketika kerana masalah yang tak dapat dielakkan..tapi tuan rumah akan balik secepat mungkin setelah selesai semuanya..tunggu ye..hehe..doakan semoga semuanya selamat..=)

Monday, January 18, 2010

Jadilah Lelaki Beriman

Jadilah seorang lelaki yang beriman,
yang jiwanya disaluti rasa takwa kepada Allah,
yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,


yang sentisa haus dengan ilmu,
yang sentisa dahaga akan pahala,
yang solat adalah maruah dirinya,
yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
yang tidak pernah gentar melawan nafsu,
yang bersama-sama pejuang untuk berjuang dijalan Allah,


Jadilah seorang lelaki,
yang menjaga tutur katanya,
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicari,
yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh bersifat Iblis,


Jadilah seorang lelaki,
yang menghormati kedua ibu bapanya,
yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
yang bakal menjaga keharmonian rumah tangga,
yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat,


Jadilah seorang lelaki,
yang bersedia untuk menjadi imam,
yang hidup di bawah naungan al-quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
yang menjaga matanya dari berbelanja,
yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya,


Jadilah seorang lelaki,
yang tidak pernah membazirkan masa,
matanya kepenatan kerana membaca al-quran,
suaranya lesu kerana penat berzikir,
tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
bangun subuhnya penuh dengan kecergasan,
kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan,


Jadilah seorang lelaki,
yang sentiasa meningati mati,
yang baginya hidup dunia adalah ladang akhirat,
yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
agar berputik tunas yang menjaga baka yang baik,
meneruskan perjuangan Islam untuk hari kemudian,


Jadilah seorang lelaki,
yang tidak terpesona dengan belaian dunia,
kerana dia mengimpikan syurga Allah..

Masihkah ada lagi??
renung-renung dan fikir-fikirkanlah..





Saturday, January 16, 2010

4 Ibu Utama

Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:
ada empat dipandang sebagai Ibu, iaitu Ibu dari segala ubat, Ibu dari segala adab, Ibu dari seluruh ibadat, dan Ibu dari segenap cita-cita..

  • Ibu dari segala ubat adalah sedikit makan
  • Ibu dari seluruh ibadah adalah takut berbuat dosa
  • Ibu dari segala adab adalah sedikit bercakap
  • Ibu dari segala cita-cita adalah sifat sabar
    Renung-renungkan dan selamat beramal..=)

    Thursday, January 14, 2010

    Keterlaluankah Saya??

    Assalamualaikum wbt...

    Alhamdulilah..syukur kehadrat Ilahi kerana masih lagi berpeluang untuk menghirup udara pinjaman Allah buat hambanya dan masih lagi berkesempatan untuk menulis entry yang seterusnya..Pada kali ini sy ingn berkngsi ngn korang satu cerita yg menyedihkan..ceritanya bermula begini..jeng..jeng..

    Pada pkul 2.30 petang td sy ada appoinment ngn doktr ats sbb ksihatan ngn ditemani oleh taca (thanks taca sbb sudi tman kn..hehe) ..utk on d way ke klinik tersbut kami guna kndraan yg disediakn oleh phak kolej..tp kndraan yg smpai pd kmi sudh terlwat..korang paham2 la kan cne prosedur nk guna kndraan kolej nie susah ckit tp xpe lh..bersyukurlah dgn apa yg ada..tgh on d way ke klinik nie mcm2 dh ada dlm pkiran nie..ye la dh lewatkan tp xpe kne teruskan jgk klu x rugi je sbb kan appoinment nie xdpt nk g kls wlupn xdelah rajin sgt cm taca..hehe (jgn mrh ey..ikhls dri hti nie..) ble smpi kt klinik kmi terus ke kaunter dan serahkan surat appoinment tue dan taca br nk isi borang sbb baru 1st time wat rwtan kt klinik tue..

    Selesai berurusan di kaunter kmi terus mencri tmpat duduk smntara nama dipanggil oleh phak mereka..slpas bbrpa mnit nama sy dipanggil gmbira jgkla sbb x lama kne tgu..tp apa yg diharapkan benda lain pulak yang datang..nurse A ckp sy pnye appoinment xleh wat ari nie sbb lmbat dtg dri mse yg phak mereka ttpkan..dgn prsaan yg agk mrah jgk la sbb ye nie dh msuk 2 kli appoinment kne tangguh dan kls yg terpkse sy xdtg..sy pun mncritakan knpe sy lmbat krn ini bukanlah yang di sengajakan..tpi nurse A tetap ngn kata2 ye dan sy pun tetap ngn pndirian sy utk wat appointment tue ari nie walau mcm mne sklipn yg tnpa sy sdri ianya sakit utk di terima oleh phak mereka dan nurse A itupn berlalu pergi dan sy perasan mukanya dlm keadaan marah wlupn mse tue die pakai mask..Keterlaluankah saya??

    Dalam bbrpa minit kmudian nma sy dipanggil oleh nurse B yg brda dlm bilik pemeriksaan sy merasakan sesuatu yg kurang enak berlaku krn nma dipanggil dgn secepat itu..adakah ini krn kata2 sy skejap td?
    keterlaluankah saya??ngn prsaan yg kurang baik sy tetap msuk ke bilik tersebut dan berjmpe ngn doktor yg berkaitan..ketika pemeriksaan dilakukan doktor tue smpat menasihati supaya jgn datang lambt lg dan sy mencritakan keadaan sbnar yang berlaku spya tiada slh fhm antara kami dan sy meminta maaf atas kelewatan td..sblm keluar dri klinik tersebut sy smpat mninggalkan pesanan kepada nurse B spya smpaikan salam maaf sy pada nurse A sekiranya ada  terkasar bhsa ngn die..tapi sememang ye sy rasa dah btul2 wat salah..

    Ya Allah..
    ampunkanlah dosa-dosaku..
    seandainya kata-kata dan perbuatanku mengundang kemarahanMu..
    sesungguhnya aku adalah hambaMu yang sangat lemah..

    Ya Allah..
    Pimpinlah aku ke jalan yang diredhai olehMu..
    limpahkanlah kasih sayangMu agar aku sentiasa dalam naunganMu..
    hambaMu ini lemah tidak berdaya tanpaMu disisi..

    Ya Allah..
    Aku amat berharap aku masih dalam pemerhatianMu..
    lindungilah hambaMu ini di mana sahaja aku berada..
    hanya padaMu aku bergantung segalanya..
      Amin..Ya Rabbal Alamin..


    Monday, January 11, 2010

    Disebalik Kejahatan Syaitan

    Assalamualaikum w.b.t..

    Selamat pagi semua..pagi ini saya bangun dengan penuh semangat kerana banyak perkara yang perlu diselesaikan, pagi-pagi lagi dah kena pergi jumpa ustazah nak bincangkan program yang kami akan anjurkan tak lama lagi tapi last-last minute tadi member cakap tak jadi pulak sebab ustazah ada kelas pagi nie. Insyallah dalam masa yang terdekat kalau takde aral melintang kami akan mengadakan program kem ibadah untuk budak-budak tahun satu Sekolah Pengajian Islam tapi intake Disember je tak ramai pun..yang sebenarnya ada perkara  lain yang saya nak kongsikan dengan korang semua..hehe..
       
    Sejak akhir-akhir ini kita selalu dikejutkan dengan pelbagai kejadian yang kadang kala diluar jangkaan kotak pemikiran kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini tapi itulah hakikat yang perlu ditelan. kadang-kadang kita mesti ada terpikir macam mana lah perkara-perkara macam nie boleh terjadi kan?? adakah ini disebabkan godaan syaitan?? Sebenarnya banyak rahsia syaitan yang sebahagian dari kita tak tahu apa rahsia ye yek..ok..sekarang saya akan kongsi dengan korang apa rahsianya..


    Rahsia Iblis Dari Dialog Iblis Dengan Allah S.W.T

        Dalam suatu riwayat yang telah diceritakan oleh oleh Anas bin Malik r.a. katanya: "Iblis telah bertanya pada Allah: katanya, wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah padaku tempat kediaman untukku."

    Firman Allah S.W.T: "Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas".

    Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam berkumpuk di masjid, dimanakah pula tempatku berkumpul?"

    Firman Allah S.W.T: "Tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat".

    Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam itu kitab (Al-Quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah pula apa bahan bacaanku?"

    Firman Allah S.W.T: "Bacaan untukmu ialah syair dan sajak yang melalaikan".

     Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?".

    Firman Allah S.W.T: "Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta".

     Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untu mereka memanggil orang solat, apapula azanku?".

    Firman Allah S.W.T: "Azan untukmu ialah seruling".

    Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah menghantar utusanMu dari para rasul juga nabi, siapakah yang menjadi utusanku?".

     Firman Allah S.W.T: "Para utusanmu ialah bomoh, tabib dan dukun yang menduakan Aku".

    Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau berikan kitab suci Al-Quran yang bertulis kepada mereka apa pula tulisan bagiku?"


     Firman Allah S.W.T: "Tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan di badan".

    Iblis bertanya: "Apa pula perangkap bagiku?"

     Firman Allah S.W.T: "Perangkap bagimu ialah wanita".


    Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau berikan mereka minuman yang halal disebutkan namaMu, apakah pula minuman untukku?"

    Firman Allah S.W.T: "minumanmu ialah sesuatu yamg memabukkan serta tidak disebutkan nama-Ku padanya".

    Sabda Rasullulah saw:
    "Wahai manusia, laksanakanlah amalan-amalan menurut kemampuan kamu. Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang disukai Allah ialah amalan yang ringan tetapi berterusan".

    Akhir kalam, kita sebagai orang Islam yang beriman kepada Allah hendaklah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindak tanduk perbuatan kita semoga ianya tidak termasuk dalam amalan Iblis..Amin..


     
    Template by suckmylolly.com