Monday, January 18, 2010

Jadilah Lelaki Beriman

Jadilah seorang lelaki yang beriman,
yang jiwanya disaluti rasa takwa kepada Allah,
yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,


yang sentisa haus dengan ilmu,
yang sentisa dahaga akan pahala,
yang solat adalah maruah dirinya,
yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
yang tidak pernah gentar melawan nafsu,
yang bersama-sama pejuang untuk berjuang dijalan Allah,


Jadilah seorang lelaki,
yang menjaga tutur katanya,
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicari,
yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh bersifat Iblis,


Jadilah seorang lelaki,
yang menghormati kedua ibu bapanya,
yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
yang bakal menjaga keharmonian rumah tangga,
yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat,


Jadilah seorang lelaki,
yang bersedia untuk menjadi imam,
yang hidup di bawah naungan al-quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
yang menjaga matanya dari berbelanja,
yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya,


Jadilah seorang lelaki,
yang tidak pernah membazirkan masa,
matanya kepenatan kerana membaca al-quran,
suaranya lesu kerana penat berzikir,
tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
bangun subuhnya penuh dengan kecergasan,
kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan,


Jadilah seorang lelaki,
yang sentiasa meningati mati,
yang baginya hidup dunia adalah ladang akhirat,
yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
agar berputik tunas yang menjaga baka yang baik,
meneruskan perjuangan Islam untuk hari kemudian,


Jadilah seorang lelaki,
yang tidak terpesona dengan belaian dunia,
kerana dia mengimpikan syurga Allah..

Masihkah ada lagi??
renung-renung dan fikir-fikirkanlah..





2 comments:

Faarihin said...

Assalamualaikum.. singgah sini tuan umah.. pengisian yang menarik.. bagaimanalah pula dengan perempuan?

saya rasa awak patut bold kan tulisan ini.. baru nampak jelas.. kalau tak bold.. agak tidak jelas untuk membacanya..

apa2 pun blog kamu memang bagus dengan ilmu2 yang bermanfaat..
minta izin nak add blog ini ya.. salam ukhwah dari saya.. (^__^)

Kreatif Edukids - Mommy Happy said...

slm..aah tulisan x berapa nampak..;-)
bagus entry ni.

 
Template by suckmylolly.com