Wednesday, May 5, 2010

Hepy Besday Tasha..=)

Assalamualaikum semua..selamat pagi..apa khabar?harap2 semuanya berada di bawah rahmat dan naungan Ilahi..InsyAllah..amen..pagi nie agak bersemangat sikit nak tulis entri khas untuk Taca sebab ye tak sabar nak bagi hadiah kat die..hehe..Taca!!..aid Milad wa kullu am wa antum bilkhair..semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, berjaya dalam apa jua yang dilakukan di dunia dan akhirat, menjadi anak yang solehah yang boleh mengembirakan hati ibubapanya..dan semoga ukhwah fillah kita berkekalan hingga ke syurga..Insyallah..Amen..sekarang dah tua besar dah tak boleh nakal2 lagi ye..hehe..nie mesti dapat banyak hadiah kan..jangan lupa orang kat sini dah la..haha..kat sini saya ada sediakan hadiah yang tak seberapa untuk awk..=)

                                                                 

Tuesday, May 4, 2010

Ketahui enam jenis wanita yang buruk sikapnya..


Assalamualaikum..syukur alhamdulilah ke hadrat Ilahi kerana saya masih diberi kesempatan untuk berkongsi sedikit maklumat dengan semua pada petang nie..Semalam saya ada membaca satu artikel petikan daripada sebuah surat khabar yang sangat menarik isinya untuk dikongsi dengan korang dan ianya amatlah berguna bagi kaum Hawa khususnya dan ianya juga adalah pengetahuan yang amat penting bagi kaum Adam umumnya..okey..selamat membaca..=)

   Enam jenis wanita yang buruk sikapnya..



  •  Al – Nananah : wanita yang banyak mengomel itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan oleh suami untuk rumah tangganya semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

  • Al – Manah : wanita yang menidakkan usaha dan jasa suami, sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit2 apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga.

  • Al – Manaqah : wanita jenis ini berangan2 untuk mendapatkan suami yang lebih baik dari yang sedia ada. Ini adalah jenis wanita yang tidak bersyukur dengan jodohnya dan mengkufuri nikmat perkahwinan serta merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

  • Al – Hudaqah : wanita yang suka mengikut hawa nafsu. Wanita  jenis ini suka memeningkan kepala lelaki ( suami ), suka membandingkan diri sendiri dengan orang lain serta juga suka menunjuk2.

  • Al – Basaqah : wanita yang suka bersolek dan menghias diri bukan untuk suaminya akan tetapi untuk ditunjuk2 kan kepada orang lain untuk dipuji. Selain itu, wanita jenis ini juga suka menghabiskan wangnya dengan membeli alat make up, kasut dan barang kemas.

  • Al – Salaqah : wanita yang mulut becok dan banyak cakap perkara2 yang tidak bemanfaat. Wanita  begini biasanya berada di majlis kenduri dan majlis keramaian.   

p/s : bagi kaum Hawa semoga kita terpelihara daripada termasuk dalam golongon enam jenis wanita 
       diatas..amen..

 
Template by suckmylolly.com