Monday, August 16, 2010

' favourite ' yang terpaksa dilupakan..

Assalamualikum w.b.t semua..selamat petang..kat sini saya nak berkongsi dengan semua blogger dan pembaca tentang minuman  yang selama saya rasa baik  untuk kesihatan tapi sebaliknya pulak yang berlaku..minuman itu ialah SOYA yang saya sangat sukakanya..perkara sebenar tentang soya ialah.. fakta dibawah diambil daripada
agendaummah.blogspot.com

" Mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas "

kesimpulanya disini..mulai hari nie hentikanlah pengambilan soya kerana ianya sangat memudaratkan untuk kesihatan..

Sunday, August 15, 2010

Antara air tangan seorang ummi dan seorang anak..

Assalamualaikum w.b.t semua..alhamdulilah berkat keredhaaanNya saya masih lagi berkesempatan untuk berkongsi sesuatu yang tidak seberapa nie..rasa ye masih sempat lagi saya nak mengucapkan Ramadan Karim kepada semua blogger dan pembaca..

ceritanya bermula..sejak belajar jauh nie asyik teringat kat ummi je..ye la dulu masa ambik diploma dekat je dengan rumah jadinya boleh kata tiap-tiap minggu balik, tapi sekarang sebulan sekali pun belum tentu boleh balik hanya doa, keredhaan dan  keberkatan itulah yang mendekatkan hati  kami, telefon jualah penghubung kasih sayang kami. sekarang nie asyik teringat segala-segalanya tentang ummi, masakan dan kiteorang selalu berborak ada sahaja perkara yang hendak dikongsikan tidak kira la pasal kawan, peribadi, perasaan,  kewangan..hehe..tue tak boleh tinggal..=)..semua ye la kalau tak cerita macam ada sesuatu yang tak lengkap je, rasa macam ada buat salah pun ada..

sekarang nie baru nak masuk tajuk..intro pnjang sangat tadi..syok sangat kalu tulis pasal orang yang paling penting dalam kehidupan kita..semalam sebelum saya dan Tasya bertolak ke UKM, dan sementara tunggu die bersiap masa tue suatu panggilan sudah dibuat..panggilan untuk ummi..hati rasa tenang je bila dengar suara ummi rasa sebak apatah lagi tapi semua tue boleh dikawal..macam-macam yang dibualkan siap sempat lagi tanya..perbualan bermula..

"ummi dah mula buat biskut raya ke"? awal sangat kot tanya kan puasa baru je berapa hari tapi itulah kebiasaaan ye..hehe..

"tak buat lagi nak tunggu anak-anak ummi balik buatkan"..
"ala..kiteorang nak rasa air tangan ummi..rindu nak makan masakan ummi buat.."

"ummi nak rasa air tangan anak-anak ummi yang ummi didik dari kecik sampai la besar segalanya telah ummi curahkan sekarang dah masa untuk ummi berehat..bila lagi ummi nak rasa masakan anak-anak ummi.."

"...(terdiam dan terfikir sejenak)..ye ummi..nanti seminggu sebelum raya kiteorang balik..kita buat kuih sama-sama ye..hehe"

"ok..hehe..balik awal ye jangan merayau ke lain pulak"

"ye..ok la kirim salam semua..ummi jaga diri elok2..Assalamualaikum.."

"waalaikumussalam..kakak pun sama jaga diri elok-elok, belajar rajin-rajin, jadi anak yang solehah.."

"amin..InsyAllah.."

perbualan kami tamat..banyak yang kami bualkan tapi ini adalah diantara yang ingin saya kongsikan bersama..tapi bila difikirkan semula apa yang ummi cakap tadi banyak betul ye..bila lagi boleh dibalas segala jasa ummi, walaupun apa yang kita lakukan tidak akan menyamai apa yang telah dicurahkan..tapi cukuplah sekiranya ia boleh menggembirakan hati-hati yang banyak berjasa pada kita khususnya hati seorang insan yang bergelar UMMI..marilah kita sama berusaha untuk menggembirkan hati-hati orang yang tersayang..syurga dibawak telapak kaki IBU..segala kesenangan dan kelancaran dalam kehidupan adalah keberkatan doa dan keredhaan dari seorang ibu..

* RedhaAllah fi redha alwaalidaini..*
 
maaf dipinta sekiranya cara penulisan saya ada yang tidak difahami..sekarang nie masih lagi dalam proses pembelajaran..segala nasihat, teguran dan kritikan yang membina amat dialu-alukan..terima kasih..Jazakumullahu Khairun Jaza'..=) 

 
Template by suckmylolly.com