Tuesday, April 20, 2010

Paku didinding hatimu..

Assalamualaikum semua..

lame ye tak jenguk blog nie..dah berhabuk dah ek..ish3..tapi tak ape kat sini saya nak kongsi dengan korang satu cerita menarik..baca tau..habis baca renung dan fikir2 kanlah..semoga kita semua mendapat pengajaran daripada cerita nie..Insyallah..=)


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

“untuk apakah paku-paku ini ayah?” Tanya pemuda tersebut.

“setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahanmu” jawab ayahnya. Pada hari pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya daripada memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia Berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut.

Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata

“kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya”.

Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada.

Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu kea rah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka, dan sentiasa membuka hatinya kepada kita..=)              

Friday, April 9, 2010

Cerita Hati suka dan duka..

Assalamualaikum semua..syukur alhamdulilah..akhirnya final exam sudah berakhir..petang tadi adalah paper yang terakhir untuk saya menduduki exam di KIPSAS..seronoknye exam dah  habis itulah  masa  yang di tunggu -tunggu bagi sesiapa je yang bergelar student..btul tak?..hehe..mula-mula  exam selalu tak sabar ble la exam nk habis..tengok skng pejam celik pejam celik dah habis exam macam tak percaya pulak, rasa sekejap sangat..dah habis rupa ye belajar kat KIPSAS nie..banyak sangat ilmu yang saya dapat selama 2 tahun setengah kat sini..disini lah bermula ye saya belajar tentang apa itu erti kehidupan yang sebenar..belajar apa itu pengorbanan, kesusahan, dugaan, cabaran dan kesetiaan dalam persahabatan..dan saya berharap semoga KIPSAS menjadi medan ilmu yang melahirkan para mahasiswa dan mahasiswi yang berakhlak mulia dan berjaya didunia dan akhirat..InsyAllah..amen..


kepada semua pensyarah yang disayangi

Terima kasih yang tak terhingga kepada semua pensyarah yang pernah mencurahkan ilmu kepada saya terutama para pensyarah jabatan Bahasa Arab dab Tamadun Islam dan pensyarah lain semoga semua ilmu yang dicurah dapat memberi manfaat di dunia dan akhirat..amen..terima kasih juga diatas segala nasihat dan amanat terakhir dari semua ustazah diakhir pertemuan kita..kata2 yang paling tersemat dalam kotak fikiran saya " Jadilah orang yang berakhlak mulia walau siapa pun kita dan dimana jua kita berada "


sebahagian pensyarah Jabatan Bahasa Arab dan Tamadun Islam
*tapi aida tue bukan ye..


kepada kawan yang dirindui selalu     

Ingat lagi masa mula-mula jejak kaki kat sini bulan november 2007, masa tue kira dah lewat masuk dah..intake yang terakhir bg tahun tue, jadi batch tak ramai pun dalam 20 orang lebih sikit je tapi seronok je..orang yang mula-mula saya kenal taca sebab ye kebetulan kterg sebilik masa tue..die nie pulak jenis banyak mulut peramah kawan pulak dengan saya memang agak kecoh jugak la..dah sekepala kan..memang best..lepas tue muncul la kawan2 lain syu, ain, eka dan ema..dierg sume best..bila kterg dah sem akhir nie selalu buat apa2 sama2..pergi kelas, makan, kuar bandar, assgment sume la buat sama2..hadapi susah senang pun sama2..esok kita sume dah nak pisah..lepas nie mesti susah nak jumpa kan..tapi walau apa pun biar jauh beribu batu tapi amat dekat dihati..wa akhiran terima kasih kerana sudi berkongsi suka dan duka bersama diri ini..ampun maaf dipinta andai ada terkasar bahasa tersilap bicara terpukul dan yang berkaitan dengan ye..huhu..lepas nie kalau smbung belajar kat mana2 bgtau la ye kalau ada yang kawin pun jgn lupa hantar kad tau..sedih ye..Sayang Sangat Kat Korang..




Khas buat Tasha, Ain, Eyka dan Emma..

Kawan2 yang aku sayangi,
kadang-kadang aku keletihan dalam perjalanan ini,
namun kadang-kadang aku begitu bersemangat meniti harapan masa depan,
mungkin kerana ada diri kalian duhai teman,
sebagai pinjaman Allah buatku,
syukur padamu ya Allah..
"salam ukhuwwah berpanjangan"


 
Template by suckmylolly.com