Monday, January 11, 2010

Disebalik Kejahatan Syaitan

Assalamualaikum w.b.t..

Selamat pagi semua..pagi ini saya bangun dengan penuh semangat kerana banyak perkara yang perlu diselesaikan, pagi-pagi lagi dah kena pergi jumpa ustazah nak bincangkan program yang kami akan anjurkan tak lama lagi tapi last-last minute tadi member cakap tak jadi pulak sebab ustazah ada kelas pagi nie. Insyallah dalam masa yang terdekat kalau takde aral melintang kami akan mengadakan program kem ibadah untuk budak-budak tahun satu Sekolah Pengajian Islam tapi intake Disember je tak ramai pun..yang sebenarnya ada perkara  lain yang saya nak kongsikan dengan korang semua..hehe..
   
Sejak akhir-akhir ini kita selalu dikejutkan dengan pelbagai kejadian yang kadang kala diluar jangkaan kotak pemikiran kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini tapi itulah hakikat yang perlu ditelan. kadang-kadang kita mesti ada terpikir macam mana lah perkara-perkara macam nie boleh terjadi kan?? adakah ini disebabkan godaan syaitan?? Sebenarnya banyak rahsia syaitan yang sebahagian dari kita tak tahu apa rahsia ye yek..ok..sekarang saya akan kongsi dengan korang apa rahsianya..


Rahsia Iblis Dari Dialog Iblis Dengan Allah S.W.T

    Dalam suatu riwayat yang telah diceritakan oleh oleh Anas bin Malik r.a. katanya: "Iblis telah bertanya pada Allah: katanya, wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah padaku tempat kediaman untukku."

Firman Allah S.W.T: "Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas".

Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam berkumpuk di masjid, dimanakah pula tempatku berkumpul?"

Firman Allah S.W.T: "Tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat".

Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam itu kitab (Al-Quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah pula apa bahan bacaanku?"

Firman Allah S.W.T: "Bacaan untukmu ialah syair dan sajak yang melalaikan".

 Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?".

Firman Allah S.W.T: "Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta".

 Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untu mereka memanggil orang solat, apapula azanku?".

Firman Allah S.W.T: "Azan untukmu ialah seruling".

Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah menghantar utusanMu dari para rasul juga nabi, siapakah yang menjadi utusanku?".

 Firman Allah S.W.T: "Para utusanmu ialah bomoh, tabib dan dukun yang menduakan Aku".

Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau berikan kitab suci Al-Quran yang bertulis kepada mereka apa pula tulisan bagiku?"


 Firman Allah S.W.T: "Tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan di badan".

Iblis bertanya: "Apa pula perangkap bagiku?"

 Firman Allah S.W.T: "Perangkap bagimu ialah wanita".


Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau berikan mereka minuman yang halal disebutkan namaMu, apakah pula minuman untukku?"

Firman Allah S.W.T: "minumanmu ialah sesuatu yamg memabukkan serta tidak disebutkan nama-Ku padanya".

Sabda Rasullulah saw:
"Wahai manusia, laksanakanlah amalan-amalan menurut kemampuan kamu. Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang disukai Allah ialah amalan yang ringan tetapi berterusan".

Akhir kalam, kita sebagai orang Islam yang beriman kepada Allah hendaklah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindak tanduk perbuatan kita semoga ianya tidak termasuk dalam amalan Iblis..Amin..


0 comments:

 
Template by suckmylolly.com